06 June 2016

Kakitangan Awam dibenarkan balik awal bulan Ramadhan

Alhamdulillah, diberi kesempatan oleh Allah SWT sekali lagi untuk bertemu dengan bulan Ramadhan yang mulia hari ni. 1st day puasa, jangan la lemau kan...

Anak² mak si Aqeef & Aleisya hari ni 1st day puasa ngan nenek nye di Pasir Puteh, Kelantan, hope dorang boleh teruskan puasa penuh hari ni, risau si Aleisya tu je lah, kang banyak je alasan dia, penat la, hauslah, kalau dengan kitorang pandai lah menangkis helah², jangan nenek dorang tewas dah la..

Ha, minggu lepas kitorang dapat minit bebas dari Ketua Pengarah, Dato' KP kami dah luluskan permohonan untuk balik awal 1/2 jam dari waktu kerja biasa, tapi yang bestnye bulan puasa ni ada WP1 iaitu masuk 7.30pagi, kalau hari biasa dah tak dibenarkan dah.

Kalau hari² biasa kerja ni aku masuk kul 8.30am balik 5.30pm, sebab malas nak rushing pepagi kerja masa, tapi biasalah masuk lambat ni, nak gi kerja jalan dah jemmmm.. ppffttt..

Khas untuk bulan ramadhan sahaja, jabatan aku buka 3 peringkat waktu bekerja.. WP1,WP2 & WP3, lepas ni balik lah ke asal masuk kul 8am sahaja.


Masa dapat minit ni, rabu lepas, seronok la semua, boleh balik seawal 4pm, cepat boleh sampai rumah, cepat boleh masak ye dak... Tapi aku pilih WP2, masuk 8am - 4.30pm, tapiiiiiiii...time rehat dipendekkan dari 1 jam ke 1/2 jam lerrr... ye lah bukan nak gi makan pon kan..


Ingat kan jabatan kami je bos buat pelepasan ni, sekali semua dapat dah, JPA dah kuarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan Awam berkenaan bulan puasa ni, nak baca boleh klik sini...

Yeay, tak sabo nak balik cepat hari ni, tengah pikir apa menu nak berbuka petang ni, since azim pon ngade nak follow aku wat Atkins, so senang kerja mak takyah masak nasik, cuma lauk kena lah 2,3 jenis, kalau tak memang tak kenyang, kuih muih memang tak dapek mak nak hadap, apatah lagi air yang manis² & sedap di bulan puasa ni...


Ok lah sebelum mengundur diri, mak nak mintak maaf kat semua if ada terkata, terumpat tanpa sengaja, terngata belakang, atau kata² yang mengguris hati sepanjang korang semua baca blog mak yang suam² ni, mak mintak ampun & maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki, moga ikatan ukhwah antara kita semua berkekalan sampai bila²... 

Bye.. Selamat Berpuasa Semua kesayangan..

#muahciked #takcukup #muahbanyakkkkk

1 comment:

  1. amboi mak temah..kalau bab balik awai cpt2 hang update noh..tp bab atskin tu tak sabar nak tggu raya ni..pinggang kerengge la jawabnyer..kikiki..ape2 pon selamat berposa & selamat berdiet atskin laa utk mak temah sekeluarga...

    ReplyDelete

thanx sudi nak ngOmel blk kt cni..ngOmel la panjang2 takpe saya suker...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Mush mengOmel | Template Designed By Blog Bingkisan Hati