31 December 2014

Orientasi Darjah 1 2015 (SRA Lukman Al-Hakim Pulapol)

Allahuakbar, ampunnnn...kemalasannya nak menghapdet.. mOod kejap kelaut, kejap ke darat..

Lagi² dah hujung tahun, memang terkenal dengan ke busy' an semua staff update Penilaian Prestasi di HRMIS, jadinya memang tak dapek la nak bersenang lenang

Pastu dengan macam² tragedi & musibah yg melanda bumi malaysia ni lagi la tambah kemalasan nak menghadpet...Sedih sangat, tapi... apa² pun hidup perlu diteruskan, yang berlalu memang lah pahit untuk dilalui & dikenang, tapi kita kena redho & anggap semua yang terjadi adalah Ujian Allah swt..

Bila nak cerita pasal persiapan sekolah ni, rasa mcm Allahuakbar, tak sanggup nak bayang kalau aku ditempat mereka² yg ditimpa musibah banjir tu, bila semua persiapan sekolah dah dibuat, musnah macam tu aje dibawa arus.. T___________T Bertabah lah korang semua...

Semalam & hari ni aqeef fahmi dah start orientasi sekolah. Persiapan sekolah dia aku banyak habis kat pakaian je, beg & kasut belum beli pon.. :p So dia pakai apa yang ada je dlu.. mak busy nak, esok² kita gi cari ye..

Bila anak mula sekolah ni, yang aku paling takut kalau terbangun lambat & tak sempat nak siap dia punya bekal bawak sekolah... ye lah kan aqeef pagi ke sekolah kebangsaan sekolah Cina, memang takdelah dia nak makan kat kantin nu.. hehehe jadinya aku kena bersedia dari segi mental untuk bangun sebelum subuh hari menyiapkan bekalan dia sepanjang sesi sekolah pagi.. & tengahari sekali sebab dia ada kelas tambahan sampai pukul 3,30pm, lepas tu petang masok sekolah Agama... Fuhhhhhhh *mak lap² peluh* (tak boley bayang camne nak handle nanti) Moga² urusan aku dipermudahkan..Aminnn


So malam kelmarin, awal² aku dah soh tdo, takut dia ngantuk pulak nanti nak bangun, tapi tak adanya, lagi lewat dia tido, takleh nak lelap katanya, nasib baik bangun pagi semalam dia ok, terus siap & mandi, aku bangun siapkan sarapan dia dulu, roti telur + cheese & air Tamar Cocoa.

Untuk dua hari ni aku ambik kuar 4jam waktu pagi, so tengahari baru masuk ofis..*bukan suka² nak keluar, skang dah kena ganti balik waktu keluar tu*


Alahai anak omma...Dah besor dah anak aku, T____T
Sekolah Agama ni dalam Pulapol je, kawasan perumahan quarters aku, senang dekat dengan rumah..Masa mendaftar start kul 8am - 8.30am, jam 7.50 aku dah ada kat sekolah Agama dia, itu pon dah ramai yang mendaftar, kemudian Aqeef ada ujian saringan penentuan kelas, samada kelas 1 atau kelas 2, result nanti naik sekolah baru tau.. tak kisah la kamu kelas apa anak, asalkan kamu ada keinginan nak belajar..

Time dorang ujian ni, aku kena masuk surau, ada sesi taklimat utk makpak... kejap je tak sampai 1 jam, so setel semua, boleh balik, mana yang belum bayar yuran bole setelkan, aku awal² dah bayor masa daftar minggu lepas, senang nak budget untuk kos² lain pulak

Sebelum balik, dorang ada briefing kenal sesi perkarangan sekolah, tunjuk tandas la bilik guru la, pastu balik .. 




& Hari ni Sesi Orientasi & Taklimat untuk Sekolah Kebangsaan dia pulak...Tapi entri sambung esok lah...hahaha...okbai

P/S : Selamat Tahun Baru semua..azam korang apa.. yg tahun ni punya bawak ke 2015 ?? HAhhahahha *aku le tu**





 ~~~~~ Muuaahhhh ~~~~~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Mush mengOmel | Template Designed By Blog Bingkisan Hati