25 July 2014

Resepi Sotong Goreng Tepung Rangup

Bagi penggemar seafood macam aku ni, konfem kalau pergi makan mana² akan order sotong goreng tepung, takpon udang goreng tepung, kalau biasanya makan kedai² tomyam, sotong goreng tepung dia mesti macam cekodok kan, tepung je penuh, pastu sotong kecut je kat dalam tu, memang banyak nayyyy dari yayyyy lah kan...aku kureng gemor yang style mcm ni...




nak dapat makan sotong goreng tepung yang sedap jauh nu di Bangi, haa kalau kat sinun sedap.. kat Ana Ikan Bakar Petai, cawangan kat kuantan pon sedap lah, pastu kedai² seafood kat Bagan Lalang, pastu kat muar, heyyy banyak lah, tapiiiii jauh le dari kl ni sotong oiiii...

sudahnye masak je sendiri, tapi tak jadi, tak sama dengan kat kedai² makan seafood yang sedap tu, dulu aku ada belajar masak menu² kat kedai masakan panas tomyam, masa tingkatan 5 dlu, bapak aku bukak kedai makan, so belajar masak dari makcik sedara belah bapak aku, mmg pure dari siam, keje aku pembuat air, kadang² tolong masak, kira assistant chef la konon, tolong² buat telur dadar ke, goreng ayam ke,  biasanya kalau makcik aku penat, dia soh aku tolong masakkan nasik² goreng, bihun goreng, apa² lah kalau setakat customer sorang dua je kan, so dari situ dah ada resepi² ambik dari makcik siam aku ni, & dah arwah pon, innalillah..

makcik aku punya resepi kurang memberangsangkan, cara dia tepung² gandum & jagung tu dibancuh dengan sedikit garam & serbuk kunyit, celup & goreng, memang style goreng pisang & cekodok tu, hehehehhe

so kelmarin, keinginan nak makan sotong goreng tepung yang sedap memang membuak², hoii ngidam ke hape azim bebel, hahahaha... nak gi makan buka puasa kat kedai memang tak koser lah dengan askar² yang tgh aktif ni kan... kang sotong kemana pinggan kemana...

then, google & bertanya adalah resepi sebenar kesedapan sesuatu masakan, heheehe... setelah digoogle & ditimbang kati, rupa² nya hek eleh senang je caranya... sama pulak tu dengan cara aku masak cendawan goreng tepung selama ni, cuma tepung tu je yg lain... haiyaaaaaaaaa...

punya la panjang membebel nak bagi satu² resepi tu kan... ok ok, gini kekdahnya..


Resepi Sotong Goreng Tepung Rangup
******************************************************************************


Bahan²..
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1) pertama kau perlukan sotong la of coz, hehehe, kalau nak sedap beli lah sotong yang fresh, masih keras² tu isi dia, bukan keras sebab kena simpan dalam ais batu, tapi isi dia kenyal lagi, banding sotong yang lembik² tu, beli yg saiz besar² sket, tak dapat besar mcm kat sabah tu, aku beli sederhana besar, pon boleh..


2) Tepung gandum
3) garam
4) serbuk lada sulah
5) telur




Cara² nya
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
1) sotong tu dipotong² ikut besar yg korg suka, dicadangkan 1/2 inci lebor dia..

2) gaul kan sotong dengan garam & serbuk lada sulah, garam ikut sebanyak mana sotong, jgn banyak sangat kang masin.. serbuk lada sulah pon utk secukup rasa je...



3) Lepas tu ambik sesudu tepung gandum gaul je dalam sotong tu, jangan letak air, sotong tu kan basah² dah, cukup utk gaulkan tepung tu...kalau tak cukup, tambah lagi dua tiga sudu tepung ikut banyak mana sotong korang... kemudian ketepikan sekejap.

4) Ambik telur sebijik, pukul, ketepikan

5) ambik tepung gandum secukupnya



senang gila kot step dia...

**** Ambik sotong, celup dalam telur, celup dalam tepung pulak, pastu goreng dalam kuali, PASTIKAN MINYAK BANYAK & API BESAR...

kalau rasa tangan tu tak laju buat keje celup² ni, heheheh so korang buat siap2 dlu, celup telur & tepung kemudian letak 1 pinggan baru masuk sekaligus goreng dalam kuali, sebab nanti baru nak masuk sotong yang ke 7 ke 8 dalam kuali, sotong pertama masuk tu dah kuning kena terbalikkan... so keje korang nanti kena sentiasa terbalikkan lah, supaya masak serata...

ha..ada faham tak... gila punya details tutorial bagi ni, kalau tak jadik gak tak tau la korang... ekekekek, agak² dah nak kekuningan tu, api kecikkan sket ye..


OK, boleh dah makan dengan nasik panas... sedap woooo, rangup, sebijik rasa macam kedai seafood...

Disebabkan sedap tidak terkata, esoknya aku pon goreng lagi, mak mentua yang kurang makan sotong pon makan bertambah, hehehehe....
Lusa nya pulak, aku buat udang goreng tepung pulak, cara yang sama, sedap pon sama, oh nom nommmmm, kesian kat aku kan, selama ni baru tau cara yg betul...






SATU LAGI TIPS, if nak guna tepung segera tu, yang tepung kfc tu pon ok, cuma jangan letak garam, sebab tepung tu dah masin, ok, selamat  mencuba...





 ****************************** IKLAN *****************************


Korang teringin tak nak pergi SPA ??? mandi lulur, mandi susu, foot spa, facial semua, aku tau semua perempuan mesti suka kalau dibelai, di manja & semua nak kalau kulit badan halussssss, lembut, gebusssss je bila dipegang, di raba, ye dakkk???

Tapi aku tau nak pergi buat rawatan kat spa ni mahal, tak semua mampu nak jadikan perawatan bulanan, apatah lagi mingguan, dan aku tau ada yang malu nak bukak² baju, malu nak tunjuk bila kulit badan tak sekata, bertompok, gelap dan sebagainya..

Lagi sadis kalau korang jenis geli kena pegang, kena urut kena raba, hahahhaa dah cane nak pergi buat rawatan kat spa kan???

TAPIIIIIIIIII... don worryyy I FEEL U OLSS... Ni ada GOOD NEWS...

Nah ambik produk² spa yang dipacking untuk kegunaan korang sendiri kat rumah, maknanya buat sendiri, sentap sendiri, mandi lah sendiri, lagi best kalau ada hasben, so hasben sental kan.... mandi sama² gituuuu....


HARGA MURAHHHHHHHHH sangat... Yang Best nye hasil nye sama macam korang pi buat rawatan yang sama kat SPA tu... ha best tak best tak ???

Meh sini Klik..

Follow FB spadirumah - http://www.facebook.com/spadirumah
@spadirumah


 





Pada Yang Ada INSTAGRAM tu nak tengok feedback² customer yg berpuas hati dengan produk² ni, meh search Hashtag #spadirumahfeedback boleh view sendiri...

Tak ada Instagram, don worry meh klik sini.. SPADIRUMAH FEEDBACK


ATAU LEBIH SENANG WHATSAPP JE, senang boleh fast respond
011-33020582 (mush)

BYE... MUAH CIKED

21 comments:

  1. Assalamualaikum kak, hahahaha sheila pun baru tahu resepi ni. selama ni pandai order kat kedai makan je. wakakakaaaa baiklah akan ku follow tutorial memasak dengan betul. ahhahahahhaa mekasih kak ~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam diknon, sila sila...ikut tutorial jgn salah, wakakakaka

      Delete
  2. Me ksih, prkongsian yg bes.... bjaya dh wt sotong goreng tepung.... smntra tengah musim ni. Blh mkn puas2. Hahahahaha

    ReplyDelete
  3. Salam...akak...nk tnye...klu xdop serbuk lada sulah xpeee keee..

    ReplyDelete
  4. thank you ye kak and i dah credit for this recepi! http://nabilakamalia13.blogspot.com/2015/04/sambal-udang-sotong-celup-tepung.html hehehe thank you

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq, adik manisss.... jap nak terjah

      Delete
  5. salam akak nk tnya, garam tu agak2 bp sudu ye ? hihi. tak reti nak agak puasa2 ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sikit je u, jgn banyak²... kang masennnn

      Delete
  6. Sedapnya
    www.momstoreretail.blogspot. com

    ReplyDelete
    Replies
    1. tgk gambo je dah sedap kan sis, hehehehe

      Delete
  7. wahh..ni mmg style sy..suka y mcm ni jgk..xminat y mcm cekodok tu..terbaekk..igtkn nk share kt fb..xleh plk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. fiza, kalau nak share just copy link & paste je kat status tu, heeeee

      http://mushpunyer.blogspot.my/2014/07/resepi-sotong-goreng-tepung-rangup.html

      Delete
  8. Hoho resipi macam ni la kita cari.. yg tak byk bahan tapi hasilnye sedapppp! Thanks share resipi marvellous ni ye :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, saya pon lama carik resepi nih... sib baik berjaya buat

      Delete
  9. Tenkius tuk respi...msti try mlm ni.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahaiiiii, saya pon tetiba teringin nak buat mlm ni, hahahaha jom menyotong

      Delete

thanx sudi nak ngOmel blk kt cni..ngOmel la panjang2 takpe saya suker...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Mush mengOmel | Template Designed By Blog Bingkisan Hati