07 June 2014

TAYANGAN PERDANA KHAS BLOGGER FILEM ANIMASI SUPERSQUAD

buat Sticky post gak la, sebagai penghargaan sebab dapat undangan.. :)



Actually, ini adalah 1st time untuk aku dapat peluang tonton tayangan khas perdana, sebelum² ni tunggu filem kuar panggung baru pergi tengok, itu pon kalau dapat pergi, semenjak menjak jadik mak² ni nak tengok wayang tu dah malas, *alah masa single dulu pon malas gak, hahahahah*... ok² memang aku mengaku aku bukan kaki wayang, aku lagi suka tunggu kuar kat astro best ke hape pastu record, ulang tengok banyak kali, haha

dan bila minggu lepas member sekolah aku Mrs puex ajak pergi tayangan perdana ni yang dianjurkan oleh Netcarbon Sdn Bhd bersama Blogger kesayangan ramai BroFramestone, aku rasa macam best je, tapi last minute hari kejadian baru aku dapat confirmkan sebab nak kena tengok jadual keje azim kan, dia kalau hari ni keje, malammmm baru jadual keje keluar, so mmg takleh la nak rancang apa²...

Sib baik masa hari kejadian pendaftaran tempat still ada, so bergegas siap membawa askar² ke E-Curve, Damansara.


Filem : Animasi Supersquad
Venue : Cineleisure Cinema, E-Curve, Damansara
Tarikh : 17 Mei 2014 (Sabtu)
Masa : 01.30 Petang


Sampai² sebab awal lagi, so bawak askar² & chief isi perut dulu, sebelum dorang ngamok kelaparan kan, si dedek affan ni skang makin lasak, makan kurang, keje nak main je lebih..



setel makan kul 1 lbih gitu tros wasep MrsPuex, & baru tau sorang lagi kawan sekolah aku pon join, blogger Izwa, memang meriah sebab kebanyakan blogger memang bawak anak².. nak kata beramah mesra tu takde la sangat, sempat menegur dua, tiga blogger je, sebab masing² sibuk menguruskan askar² sedia ada, hehehhe

 
Meet my frens, MrsPuex & Izwa, credit pict, mrspuex.. :)



Antara blogger yang sempat aku say hai hai muahh muahh adalah ProjekHati.com, Namiacinta.com, Atikahnorbaki.com & Suesopian.com, yang lain² al maklum le takdan nak bersuai kenal...

Sebelum start kena daftar & ambik tiket dulu





and dapat goodies bag tiap orang




 affan awal² dah melabuhkan kelopak mata, bagus supaya dalam panggung kang dia tak buat hal, harap²..& ini 1st time bawak affan masuk panggung, jangan kau merapu meraban mengamuk dalam tu sudah le...




That day, selain tayangan movie ni, ada jugak beberapa contest, antaranya Contest INSTAGRAM, ambik gambar suasana masa hari tayangan tu & HASHTAG #SayangiBroFramestone & #SuperSquad... aku ada le upload beberapa keping pict leisya & aqeef, buat memeriakan suasana contest sambil² kan..










Time maskot ellie ni keluar, aqeef & leisya kemain takut, haisshhh macam la nak makan dia..




Dan sebelum tayangan ada sedikit taklimat oleh Bro Framestone & team Netcarbon, & of coz ada juga contest kan, ala yg senang² je, semua pasal Supersquad..











last sebelum masuk panggung sesi bergambor beramai²

kredit pict : cikfana, hhehehe disebabkan aku jauh kat belakang tu yg angkat tangan buat peace bagi nampak sket kelibatan aku kt belakang tu, haha



Sebelum cerita start aqeef pulak nak popcorn, so bergegas beli popcorn & masuk panggung, tapi sempat pulak soh azim snap pict dengan maskot danny ni, aqeef pentakut nak dekat..



Affan adalah sangat behave ok, tak sangka mak, lepas ni boleh la bawak dia masuk panggung lagi, Tapi ubat senyap dia sempat gak la mengempeng nyusu dua tiga kali...




habis je cerita ditayangkan, ada lagi last kata² dari Team Netcarbon & sesi bagi hadiah pemenang contest instagram, aku ofcoz la tak menang, hahahah











 Ok, nak tau cerita ni berkisahkan apa... meh nak story...



Kredit Pic : Sayaiday



Cerita ni menggunakan suara Dafi Ismail sebagai Danny, Elza Irdalyna sebagai Sasha, Diana Danielle sebagai elly, Radhi Khalid sebagai Blinq dan Marina Tan sebagai Alan.











Kredit Pic : Sayaiday



Sinopsis Filem Animasi Super Squad : 

Kisah Supersquad The Movie bermula sekitar tahun 2413 yang mana Supersquad merentas masa ke tahun 2013 apabila sebuah armada makhluk asing menyerang bumi. Walaupun pasukan tentera bumi yang diketuai Laksamana Aaron pada mulanya berjaya menumpaskan armada itu, namun ratu makhluk asing sudah menukar taktik dengan membuka portal ke zaman kini menyebabkan pasukan tentera bumi dihapuskan oleh tsunami masa. 

Pasukan Supersquad berjaya merentas masa ke tahun 2013 sebelum sempat dimusnahkan oleh tsunami masa. Pada zaman kini, mereka terhempas di pinggir sebuah kampung dan terpaksa menyamar sebagai sebuah kumpulan rock kapak yang tersesat ke kampung sambil menunggu kapal dibaiki oleh robot mereka. 

Di sini, Supersquad berdepan dengan sesuatu yang tidak pernah mereka jangka iaitu hidup cara kampung. Supersquad bertemu dengan Mat yang menceritakan kepada mereka mengenai satu ramalan purbakala empayar Nagasakti iaitu apabila langit menjadi hitam, makhluk dari kegelapan angkasa akan memusnahkan bumi. Pada masa sama, ratu makhluk asing membuat persiapan terakhir untuk menetaskan berjutajuta telur yang mengandungi askarnya. Apabila Mat diculik oleh makhluk asing, Supersquad bergegas ke KLCC dan menyaksikan kapal induk makhluk asing sedang turun dari langit.

Haaa...Apakah kaitan Mat dengan ramalan purba itu? Dapatkah Supersquad menyelamatkan bumi dan ayah mereka daripada kemusnahan makhluk terbabit?

Saksikan filem animasi ini di seluruh Malaysia pada 5 jun 2014 nanti di pawagam yang berhampiran anda. Konfem, anak² anda akan suka dengan cerita ni..


Disebalik Tabir Sesi doubing suara (betul ke ayat aku), hehe
 





Dan thanx untuk Team Netcarbon sudi jemput kami² Parenting Blogger ni (perghhh sejak bila ada nama khusus), ekekekkeke
Kredit pict : MrsPuex



& tak lupa untuk Broframestone atas jemputan juga.. nanti kalau ada lagi leh le jemput lagi ye... =p









Untuk 200 TIKET PERCUMA...

Dapatkan Utusan Malaysia, Sisipan Mega bermula Isnin-Jumaat, 26/5-30/5/2014... Dapatkan 200 TIKET PERCUMA ke Pawagam untuk Menonton Filem Animasi SuperSquad bermula minggu hadapan, cuti sekolah... Khamis 5/6/2014 nnti...

Bawalah keluarga bersantai sambil belajar dengan menonton SuperSquad... Like sekali Facebook page Supersquad untuk info² terkini https://www.facebook.com/supertots

 



 JANGAN LUPA YE... 05 JUN 2014 (KHAMIS)

2 comments:

  1. Assalamualaikum kakak! Salam Ramadhan.. bestnya bawa askar2 pergi tengok wayang. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam, salam ramadhan sheila, huhu jarang jugak, ni pon sebab ada undangan blogger tu je, heeee

      Delete

thanx sudi nak ngOmel blk kt cni..ngOmel la panjang2 takpe saya suker...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Mush mengOmel | Template Designed By Blog Bingkisan Hati