24 October 2012

Peragut Kena Sembelih


Muar, Johor - 23/10/12, Nasib malang kepada 2 peragut yang telah berjaya ditangkap oleh penduduk kampung Melayu Subang, menurut saksi, Hj Manan Jalil 48, salah seorang penduduk tempatan yang berang dengan kedua-dua peragut telah membawa keluar parang tajam yang berkilat untuk menetak leher peragut tersebut. 

Bagaimanapun perbuatannya sempat dihalang oleh orang ramai. Namun ketika peragut itu ditangkap, saksi mengatakan tidak ada barang berharga ditemui. Salah seorang penduduk tempatan juga merupakan ketua kampung berang kepada peragut itu telah memerintah anak buahnya menyembelih kedua-dua peragut ini. 

Kaki-kaki peragut diikat sambil bertakbir, kedua-dua peragut telah di sembelih tanpa rasa belas kasihan. Darah menyembur keluar, namun tiada penduduk menghalang perbuatan tersebut, kerana yang disembelih itu ialah seekor kambing dan sesekor lembu yang MERAGUT RUMPUT disembelih untuk hari raya korban... 








SALAM AIDIL ADHA MAAF ZAHIR dan Batin, hehehehehe




p/s : jangan mare, korang raya mana lusa esok ni...

0 org telah balas ngOmel:

Post a Comment

thanx sudi nak ngOmel blk kt cni..ngOmel la panjang2 takpe saya suker...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Mush mengOmel | Template Designed By Blog Bingkisan Hati