26 January 2011

FACEBOOK punca keretakan rumahtangga




zaman sekarang ni sapa yang takde akaun facebook kan, hampir semua ada, apatah lagi budak sekolah pun tak ketinggalan, tapi ada kebaikan & keburukan jika kita salah gunakan...

Terbaru, di Majalah Mingguan Wanita bil. 1418, di ruangan Isu...Isu...Isu...Kelolaan Nor Amiza Abdul Kadir dan Netty Ah Hiyer ada mengupas isu "Laman Web Sosial Punca Keretakan Rumahtangga"

Sedikit Petikan :

Suzana Ghazali, Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie mengakui sepanjang tahun 2010, boleh dikatakan 4 daripada 10 kes masalah rumahtangga berpunca daripada internet atau lebih tepat penggunaan Facebook.

Manakala pakar motivasi dan kaunseling dari Hushim Motivational & Counseling Consultancy turut berhadapan dengan 30 ke 40 kes keretakan rumah tangga yang diakibatkan oleh Facebook.

Hurm...ye lah sibuk sangat layan Facebook kan, sampai tak pedulikan laki,bini & anak²...sampai letak sepenuhnya tanggungjawab asuhan pada bibik, bila dah jadi kes² sosial di sekolah baru masing² tuding jari. Abih camno nih...

Yang paling banyak kes bila suami atau isteri terjatuh cinta dengan kenalan Facebook. Ada 70% kes yang mcm ni berlaku bila terjumpa balik kenalan atau cinta lama yang dulunya tak diluahkan atau tak kesampaian. Sampaikan ada kes seorang suami berebut semula kekasih lamanya yang telah berkahwin tapi tak bahagia..Dasyat²....

Nak facebook pun berpada² lah kan, asalkan kita tahu status kita & kita ingat batas kita, siapa kita, dah lah kan, jangan sampai memakan diri, bila nasik dah jadik bubur baru nak menyesal.

"Apabila suami tidak lagi mahu mendangar luahan hati isteri, isteri mula meluahkan perasaan di Facebook. Hal ini kerana terdapatnya rakan siber yang rela mendengar dan memberi respons terhadap setiap luahan hatinya. Tanpa disedari ia telah mendedahkan dirinya kearah keretakan rumahtangga."

betul jugak, ni selalu aku perasan, kucing mati, kucing hilang pun masuk status, huuhuh...yang cerita hal dalam kain pun ada, wolllooohhhh....cer bawak berbincang kan, kena la ada give n take...macam²

Orang Ketiga Boleh Didakwa - Tambah Suzana lagi, menurut perundangan, individu yang menyebabkab kacau ganggu dalam rumahtangga hingga berlakunya pengabaian tanggungjawab ini boleh didakwa di mahkamah syariah. Mereka boleh disabitkan menjadi orang ketiga. Orang ketiga yg dimaksudkan adalah bukan madu anda atau isteri suami anda yg telah sah syarak sebaliknya orang ketiga yang masih tiada talian perkahwinan yang menggugat kebahagian perkahwinan dan rumahtangga anda dan pasangan anda.

Akta ini terdapat di setiap negeri. Merujuk kepada Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan), Seksyen 37 dan Seksyen 38 adalah berkaitan dan boleh digunakan untuk membawa orag ketiga ini ke muka pengadilan.

Ha ambik ko, siap boleh kena dakwa lagi...so awas lah ye....kamu² yang suka menganggu gugat rumahtangga orang lain ni...tak tau lah nak cakap apa kan, tapi kalau boleh elakkan lah, memang la soal hati ni susah nak diduga kan....tepuk dada tanya iman.....


5 comments:

  1. salam singgah..

    sy setuju dgn entry puan...

    sy penah jugak buat status kat fb nk tujukan kat orang..tp sebab takut org lain terasa hati..sy gunakan 'kucing' atau objek yg tak berkenaan dgn orang(manusia).. contohnya.." haishh!! siap ko KUCING kalo aku dpat aku cubit-cubit ko smpai lebam"... kesian kucing tu, marahkan orang, kucing gak jadi mangsa..hehehe..

    ReplyDelete
  2. hehehe, finieViolet, tu ok lagi...kalau fb budak sekolah lagi kelakar, sampai mencarut2...macam² perangai...

    ReplyDelete
  3. saya pon setuju! tapi setelah diteliti keburukan yang banyak dari kebaikan.. kalau FB lupus dan diharamkan pon sangatlah setuju.. oh yeay!

    ReplyDelete
  4. macam2 kes arr sekarang kan, rase takut pun ada,yang kat luar hal lain lak...waaaaa takut nak kawen

    ReplyDelete
  5. rohanazainal, lupuskan akaun mereka yg salah gunakanje, kita baik takyah la lupus...hahhaha

    izyanty : ololoooo dear, jgn la takut plk, kawen siyookkk la, hehhehe...tak semua lelaki sama, asalkan tepuk dada tanya iman lah kan...ni kes segelintir je...pndai2 lah mainkan peranan

    ReplyDelete

thanx sudi nak ngOmel blk kt cni..ngOmel la panjang2 takpe saya suker...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Mush mengOmel | Template Designed By Blog Bingkisan Hati