05 January 2011

Buku persoalan yang sangat berguna untuk wanita

buku yang kuhadiahkan kepada emak semasa birthday nya semalam......


buku hasil tulisan Puan Zawiyah Hassan & Puan Rohayati Bakri, mengupas soalan2 yang seringkali ditanya & juga persoalan yang bagi kita agak remeh tapi bila di baca, owwwhhh betul gak kan...kira camtu lah ulasan dari aku setelah khatam baca buku nih...

bagi aku buku ni sangat sesuai dibaca kerana boleh menambah ilmu pengetahuan pasal isu2 fikah macam bersuci, wuduk, makanan, bersolek, haji , adab, wasiat & sebagainya. Sebab kadang2 kita selalu terlepas pandang sesuatu isu yang kita ambik remeh, tapi sebenarnya beri impak besar pada kehidupan kita.

sedikit persoalan yang aku nak kongsikan....persoalan yang kita selalu ambik remeh...


BAB 3 : Makanan

**air teh yang saya tuang dari teko didapati ada bangkai semut, bolehkah saya minum teh tersebut??
- boleh minum air teh itu selepas membuang bangkai semut tersebut sekiranya kita yakin yang bangkai semut itu termasuk sendiri dalam teko itu semasa ia hidup dan kemudian mati dalam teko.
walaubagaimanapun sekiranya seseorang mencampakkan semut yang sudah mati kedalam teko itu, maka air tersebut sudah menjadi najis.

**apakah hukum air atau makanan yang sudah dihinggapi lalat?
-hukumnya makruh

sekiranya tidak menjijikkan, apabila lalat jatuh kedalam air minuman sunat dicelup kedua2 belah sayapnya kedalam air, kemudian barulah dibuang lalat itu. Dikatakan sebelah sayap lalat mengandungi penawar & sebelah lagi mengandungi racun, kita harus meminum air itu.

" Nabi Muhammad berkata, : Apabila jatuh lalat kedalam bekas seseorang daripada kamumaka hendaklah dia mencelupkan lalat tadi kedalam air kemudian dibuangnya.

(Direkodkan oleh Bukhari)


BAB 29 :
Adab & Hubungan sesama manusia

**Apakah hukum dua orang wanita tidur didalam satu selimut?
perbuatan itu ditegah oleh rasulullah. Ia mesti dielakkan tambahan pula jika tidur dalam keadaan berbogel.

BAB 31 : Isu Semasa

**Suami saya peminat pasukan bola sepak. Secara kebetulan pakaian sukan pilihannnya ditaja oleh syarikat membuat arak. Oleh itu setiap pemain memakai baju yg memaparkan nama sykt arak berkenaan. Bolehkan orang islam memakai pakaian sukan tersebuat semata2 kerana minatnya kepada pasukan kesayangan mereka?
-Haram memakai baju yg memaparkan nama sykt arak seperti carlsberg. Tujuan asal penaja adalah bagi mempromosi barang keluaran mereka iaitu arak. sekiranya sesiapa memakai pakaian yg mempamerkan nama sykt itu dgn secara tdk langsung dia juga mengambil bahagian dlm mempromosinya.

Anas bin Malik melaporkan,

" rasulullah melaknat perihal arak kpd sepuluh orang,

1-Org memerahnya
2-org yg menyuruh memerahnya
3-org yg meminta dibuat arak
4-org yg membawanya
5-org yg meminta dibawakan arak,
6-org yg menjualnya
7-org yg meminta dibelikan arak
8-org yg mberi minum arak
9-org yg minta diminumkan arak
10-sehingga baginda menghitung sepuluh jumlah ini


(Direkodkan oleh Ibnu Majah)

BAB 32 : Rawatan & Perubatan

**adakah perhubungan 'intim' antara seorang lelaki dan perempuan (tanpa kehadiran org lain) melalui internet dihukum seperti berkhalwat juga? (Ha ni bagus punya persoalan, sekarang ni chatting di FB, YM, Skype & etc kan )

Ya, ia dikira berkhalwat juga kerana ia boleh memabawa kepada dialog-dialog yang mungkin terkeluar dari batas2 syarak. Namun pada dasarnya berinteraksi & berkomunikasi secara biasa adalah diharuskan.





Nak tau lebih lanjut, beli le buku ni....syok gak baca, aku khatam dalam 3 jam je.....huhhhuh






0 org telah balas ngOmel:

Post a Comment

thanx sudi nak ngOmel blk kt cni..ngOmel la panjang2 takpe saya suker...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Mush mengOmel | Template Designed By Blog Bingkisan Hati